Breakfast pagi ni opah buat pulut makan dgn inti kelapa manis..
dan serunding daging yang opah beli masa pergi terengganu aritu
macam biasa opah masak pulut pakai microwave ......caranya
boleh tengok dlm label resepi......arini opah masak lebih sikit
sbb ada kawan hb nak datang pagi ni......
bhn inti:
2 cwn kelapa parut
2 keping gula manisan(kecil)
1/2 cwn gula pasir
1 helai daun pandan(simpul)
1 cwn air
secubit garam
sedikit air tepung jagung
cara:
gula manisan, gula putih, daun pandan dan air dimasak hingga larut
bila dh larut masuk kelapa dan garam kacau lagi,bila dh hampir
kering masuk air tepung jagung kacau lgi smpai kering,tutup api.
No comments:
Post a Comment