Sunday, December 20, 2009

laksam

ni sebenar dah wat minggu sudah,
tapi dek kerana bz benor mengalahkan menteri.......ha..ha...(perasan jap) baru ptg ni masuk n3.

caranya:
1 1/2 cwn t.beras
3 cwn air
2 sb t.gandum
sedikit garam

bahan2 diatas dibancuh smpai rata.panas pengukus. sapu loyang dgn sedikit minyak,
ambil bhn yg dibancuh tadi dlm 1 senduk besar dituang dlm loyang,
masak smpai nampak berkilat.biar sejuk baru digulung.
buat seterusnya smpai habis.

kuahnya:
2cwn santan
3ekor ikan selayang(ikan kembung blh gak,di rebus dgn sedikit garam )
1sudu kecil lada hitam
1/2 biji bawang besar
sedikit garam
sedikit gula
1keping asam keping

caranya:
tumbuk lada hitam dan b.besar smpai lumat.(ketepikan)
tumbuk ikan yg diasing tulangnya,masuk santan dlm periuk dan bahan2 diatas .
masak dgn api perlahan .

mkn dgn ulam dan cili kering yg diblender.selamat mencuba anak2ku.

2 comments: